AFC Beri Cadangan Bernas Kepada MFL
MFL
AFC
Advertisements

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) melihat penambahan jumlah perlawanan lebih penting dalam meningkatkan kualiti sesebuah liga berbanding bilangan kelab dalam sesebuah liga.

Pandangan itu diutarakan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John bila ditemubual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena semalam.

Ini selepas beliau diminta mengulas tentang bilangan pasukan dalam Liga Super musim 2024-2025. Ketika ini, Liga Super hanya memiliki 13 kelab selepas Kelantan gagal mendapat Lesen Kebangsaan untuk musim tersebut.

Advertisements

Lantas, ini mendorong Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuka permohonan lesen luar biasa kepada kelab Liga M3 untuk melengkapkan 14 pasukan dalam liga.

Windsor melihat bilangan kelab dalam liga bukan satu isu kerana yang lebih penting ialah bilangan perlawanan yang perlu diharungi dalam satu musim.

Ini kerana jumlah perlawanan liga mempengaruhi kualiti sesebuah saingan liga. Justeru, pengendali liga perlu mempertimbang tambahan jumlah perlawanan bagi memastikan kualiti liga terjaga.

Advertisements

Perkara ini bukan sesuatu yang baru kerana ini dilakukan oleh liga utama Australia, A-League. Saingan A-League menyaksikan 12 pasukan bertemu sebanyak dua atau tiga kali dalam semusim.

“Peraturan kita bukan tentang kelab tetapi perlawanan. Contohnya, kalau kelab kurang, perlawanan harus ditambah. Mungkin kena main tiga kali dan bukan (format) home dan away. Kena main tiga kali.

“Fokus kepada jumlah perlawanan yang harus diadakan dalam liga dan bukan berapa kelab dalam liga itu sendiri,” ujarnya.

Advertisements

Tiga pasukan yang dilaporkan sedang mengintai slot terakhir Liga Super ialah Imigresen FC, KL Rovers FC dan Harini FT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram