AFC Cup: Bali United Kalah Lagi Kepada Central Coast Mariners
AFC Cup
Bali United FC
Advertisements

Wakil Indonesia di Piala AFC, Bali United keciciran mata lagi selepas ditewaskan oleh jaguh Australia, Central Coast Mariners di laman sendiri.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Kaptan I Wayan Dipta menyaksikan tuan rumah membariskan kesebelasan terkuat berdepan lawan yang sukar.

Central Coast bagaimanapun memperoleh gol seawal minit ke-13 menerusi Alou Kuol dengan satu percubaan mudah.

Advertisements

Anak buah Stefano Cugurra tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Jefferson bijak memperdaya benteng pertahanan lawan.

Aksi babak pertama tamat 1-1.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Central Coast menguasai sebahagian besar perlawanan berjaya memperoleh gol kedua perlawanan dengan Marco Tulio menyempurnakan sepakan penalti.

Cubaan Bali United untuk menyamakan kedudukan dihalang dengan baik oleh barisan pertahanan kental lawan sehingga tamat permainan.

Advertisements

Kekalahan ini menyaksikan wakil Indonesia ini terus keciciran mata sekaligus menyukarkan misi pasukan untuk layak ke pusingan berikutnya.

Central Coast memimpin carta Kumpulan G dengan 9 mata disusuli rapat oleh Terengganu dengan 8 mata di tangga kedua selepas 4 perlawanan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram