AFC Cup: Central Coast Mariners Malukan Bali United 6-3
AFC Cup
AFC Cup
Advertisements

Juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners meraih kemenangan kedua dalam Kumpulan G Piala AFC apabila membelasah wakil Indonesia, Bali United 6-3.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. The Mariners berharap dapat menebus kekecewaan tewas di tangan Adelaide United seminggu yang lalu.

Manakala Serdadu Tridatu pula mahu mencipta kejutan selepas segar daripada kejayaan membenam Persebaya pada minggu lepas.

Advertisements

Dan anak-anak buah Stefano Cugurra bertuah apabila mendahului pada minit ke-17 hasil jaringan sendiri penjaga gol tuan rumah, Jack Warshawsky.

Bagaimanapun, The Mariners bangkit menyamakan kedudukan menerusi Jacob Farrell pada minit ke-24.

Tuan rumah kemudiannya melebarkan kelebihan menerusi dua gol penalti yang disempurnakan Marco Tulio masing-masing pada minit ke-34 dan 37.

Advertisements

Bersambung selepas rehat, Bali United berusaha untuk mendapatkan gol bagi merapatkan jurang dengan tuan rumah.

Hasilnya, pemain sayap Privat Mbarga meledakkan gol kedua buat pelawat pada minit ke-47.

Keceriaan Serdadu Tridatu tidak bertahan lama apabila Christian Theoharous kembali menambah kelebihan The Mariners menerusi gol pada minit ke-50.

Advertisements

Angel Torres menambah derita pelawat apabila sepakannya terkena pertahanan Bali United, Elias Dolah sebelum menerjah jaring pada minit ke-54.

Cugurra membuat beberapa pertukaran bagi memastikan nasib mereka tidak seteruk Stallion Laguna beberapa minggu sebelumnya.

Malangnya, itu tidak berlaku dengan Farrell menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-67.

Advertisements

Jefferson de Assis menyumbat gol ketiga Bali United pada minit ke-83 tetapi sudah terlambat untuk menyekat tuan rumah daripada meraikan kemenangan.

Keputusan ini menyaksikan The Mariners memintas Terengganu FC sebagai pendahulu Kumpulan G dengan enam mata.

Ini selepas skuad Peteh diikat 2-2 oleh Stallion Laguna dalam satu lagi aksi kumpulan hari ini.

Aksi cemerlang Farrell melayakkan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan. Ini dibuktikan menerusi markah Sofascore sebanyak 9.7 mata, jauh meninggalkan rakan sepasukan Tulio dengan 8.9 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram