AFC Cup: Terengganu Pamer Kebangkitan Menakjubkan Ikat Stallion Laguna
AFC Cup
AFC
Advertisements

Wakil Malaysia di Piala AFC, Terengganu FC mengekalkan rentak cemerlang apabila mengikat wakil Filipina, Stallion Laguna dengan keputusan 2-2.

Anak didik Tomislav Steinbruckner turun dengan motivasi terbaik selepas tampil dengan cukup cemerlang sungguhpun beberapa pemain tidak berada dalam tahap kecergasan terbaik.

Pasukan pelawat bagaimanapun melakukan kejutan apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan percuma oleh Griffin Mcdaniel hasil kesilapan Suhaimi Husin pada minit ke-6.

Advertisements

Stallions menggandakan kedudukan selepas pemain lincah, Junior Ngom Sam berjaya memperdaya barisna pertahanan Terengganu untuk kedudukan 2-0.

Sony Norde memberikan sinar kepada pasukan Tomislav Steinbruckner apabila menjaringkan gol mudah untuk memberikan kelegaan kepada tuan rumah.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-2 memihak kepada lawan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Terenganu yang nelakukan beberpaa pertukaran jelas terdesak mencari gol.

Dereta peluang terus dipersiakan di laman sendiri sungguhpun tambahan penyerang sudah dilakukan.

Tambahan masa 5 minit berjaya mengubah keputusan perlawanan apabila tandukan penyerang kebangsaan Thailand, Adidak Kraisorn berjaya meledak gol kedua pasukan.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Terengganu kekal di tangga kedua Kumpulan G dengan lima mata selepas tiga perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram