Ads
AFC Cup
Terengganu FC

Menjelang aksi Piala AFC membabitkan Terengganu FC dan Stallion Laguna petang ini, penyokong diingatkan agar tidak membawa isu agama dan politik di stadium.

Advertisements

Peringatan ini dibuat dalam mesyuarat membabitkan AFC, delegasi Terengganu dan Stallion Laguna hari ini.

Advertisements

Ini selepas ramai penyokong bola sepak dikesan membawa bendera negara lain ke stadium sejak kebelakangan ini.

Advertisements

Advertisements

Peringatan ini diharap dapat mengingatkan penyokong agar sensitif dengan isu-isu sebegini dan memastikan sukan bebas daripada elemen yang dinyatakan di atas.

“Kedua-dua kelab iaitu Terengganu FC dan juga Stallion Laguna FC telah diingatkan berkenaan peraturan kejohanan yang memetik berkenaan isu diskriminasi yang melibatkan perkara sensitif termasuk fahaman politik, agama, kenegaraan, warna kulit, sosial dan lain-lain yang berkaitan adalah tidak dibenarkan dalam kejohanan ini.

Advertisements

“Jadi kedua-dua kelab perlu mengingatkan para pemain, pegawai pasukan serta para penyokong untuk tidak membawa sebarang isu dari luar konteks bolasepak yang melibatkan kedua-dua pasukan ini dalam kejohanan yang dilangsungkan pada petang ini,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan.

Ini bukan kali pertama larangan ini dikeluarkan sebagai panduan kepada para peminat bola sepak.

Larangan sama turut dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum aksi final Pestabola Merdeka 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) baru-baru ini.

Advertisements

Terengganu berharap dapat mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan G ke atas Stallion hari ini bagi membolehkan mereka menerajui kumpulan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram