AFC Cup: Sabah Tewaskan Wakil Singapura, Hougang United
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Aksi Piala AFC 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara wakil dari Malaysia, Sabah FC menentang kelab dari Singapura, Hougang United.

Perlawanan pertama saingan Kumpulan H telah berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Pengendali Sabah, Ong Kim Swee menurunkan kesebelasan terbaik dengan barisan serangan diketuai gandingan Ramon Machado, Saddil Ramdani dan Darren Lok.

Seawal minit kelima permainan, pemain import Sabah, Gabriel Peres memecah kebuntuan selepas menyambar hantaran lintang daripada Miguel Cifu. Tandukan Perez terus menerjah jaring gagal diselamatkan penjaga gol Hougang, Zaiful Nizam.

Advertisements

Pada minit ke-37 permainan, giliran penyerang kebangsaan Darren Lok mencatat nama sebagai penjaring. Keadaan kucar kacir di kawasan kotak penalti Hougang telah dimanfaatkan Darren dengan satu rembatan memastikan Sabah mendahului perlawanan.

Separuh masa pertama tamat, Sabah 2-0 Hougang United.

Advertisements

Bersambung aksi di separuh masa kedua, pasukan pelawat bermula garang apabila peluang keemasan hadir pada minit ke-47 hasil kecuaian pertahanan dan penjaga gol Sabah. Pintu gol terbuka namun percubaan pemain import Hougang, Dorde Moksimovic sempat dihalang The Rhinos.

Pada minit ke-61 permainan, Hougang akhirnya gol mendapat jaringan pertama menerusi Kazuma Takayama. Import dari Jepun itu menanduk masuk bola ke gawang pasukan tuan rumah menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim.

Advertisements

Seminit selepas jaringan Hougang terhasil, Sabah kembali mengganas dan menjarakkan kedudukan. Hantaran Park Tae-su telah ditanduk Darren Lok untuk gol ketiga pasukan Sabah.

Park Tae-su berpeluang menambah duka Hougang United untuk meledak, sayangnya tiang menjadi penghalang untuk jaringan tersebut.

Advertisements

Perlawanan tamat, Sabah 3-1 Hougang United.

Perlawanan seterusnya menyaksikan pasukan Terengganu akan kembali meneruskan kempen Piala Malaysia 2023, bertemu pasukan Perak untuk suku akhir kedua pada Isnin, 25 September sebelum meneruskan saingan Piala AFC bertemu PSM Makassar, pada Rabu 5 Oktober 2023 di Stadium Kapten Wayan, Bali Indonesia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram