AFC Tawar Mana-Mana Negara Asia Buat Bidaan Untuk Jadi Hos Piala Asia 2023
Asia
goal.com
Advertisements

Seperti mana yang diketahui, China telah melepaskan hak penganjuran Piala Asia 2023. Kini Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuka tawaran buat mana-mana negara untuk membida dan menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak berprestij rantau Asia itu.

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui setiausaha agungnya, Saifuddin Abu Bakar akui agak sukar untuk Malaysia menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 kerana beberapa faktor yang menjadi kekangan seperti kekurangan venue serta padang berlualiti tinggi.

“Dari segi logistik seperti hotel kita tiada masalah namun negara yang menjadi penganjur memerlukan minimum empat stadium manakala kualiti padang latihan juga perlu setaraf dengan venue perlawanan.

Advertisements

“Padang latihan perlu memenuhi kriteria tinggi ditetapkan kerana ini pertandingan bola sepak tertinggi di rantau Asia,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

China yang sepatutnya menjadi tuan rumah Piala Asia buat kali pertama sejak 2004, terus melaksanakan dasar sifar COVID di seluruh negara dan mereka telah menghadapi sekatan yang sangat ketat selepas penularan varian Omicron baru-baru ini.

Kebanyakan acara sukan antarabangsa di China telah ditangguhkan atau dibatalkan sejak penularan varian itu, kecuali Olimpik Musim Sejuk, yang berlangsung di Beijing di bawah kawalan kesihatan yang ketat pada bulan Februari.

Advertisements

Mengikut perancangan AFC, selepas tamatnya proses bidaan tuan rumah Piala Asia 2023, pentadbiran AFC akan menyerahkan laporan berserta dengan cadangannya kepada Jawatankuasa Eksekutif AFC. Eksekutif AFC kemudiannya akan memilih tuan rumah baharu bagi Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram