Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kini sudah tiba di Indonesia sejak Khamis yang lalu.
Kedatangan AFC adalah bertujuan untuk melakukan tinjauan dan pemeriksaan terhadap stadium di sana sebelum memutuskan kelayakan Indonesia untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut.
Indonesia akan bersaing dengan dua lagi iaitu Korea Selatan dan juga Qatar selepas Australia telah pun mengumumkan penarikan diri.
Sekretriat Jeneral PSSI, Yunus Nusi menyambut baik kedatangan AFC sambil berharap agar segala urusan bberlangsung dengan jayanya.
“PSSI menyambut baik kedatangan perwakilan AFC yang datang untuk meninjau keadaan stadium yang menjadi calon tempat perlawanan Piala Asia 2023.”
“Setelah dokumen diterima AFC terus mengumumkan kedatangan mereka pada 1-4 September 2022 ini,” kata Yunus Nusi.
Menurutnya, stadium yang sudah pun ditinjau ialah Stadium Utama Gelora Bung Karno dan AFC segera bergerak untuk melihat keadaan Stadium Manahan di Solo, Jawa Tengah.
AFC mahu memastikan bahawa stadium yang dicadangkan oleh PSSI mematuhi aegala kriteria penting sebelum membuat keputusan akhir kelak.