AFC U20: Malaysia Benam Sri Lanka
Dunia
sainaa elec
Advertisements

Perlawanan kelayakan Piala Asia B-20 menyaksikan skuad muda negara mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan peringkat kumpulan selepas menundukkan Sri Lanka dengan keputusan 3-0. 

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah dilihat pasukan cuba untuk menguasai permainan.

Pada minit ke-30 permainan, Aliff Izwan berjaya menjaringkan gol pembukaan dengan larian bijak melepasi perangkap offsaid pertahanan Sri lanka sekaligus mudah menyempurnakan hantaran daripada Adam Farhan.

Advertisements

Selang separuh masa kedua, Malaysia menggandakan jaringan menerusi Adam Farhan yang melakukan ‘tapping‘ mudah ke gawang gol selepas menerima hantaran lintang yang kemas daripada Alif Farhan.

Beberapa saat sebelum tamat permainan, Aliff Izwan sekali lagi menunjukkan kehebatannya selepas berjaya menjaringkan gol ketiga buat Malaysia menerusi sepakan ‘outside foot‘ yang cukup berkualiti.

Empat masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan, Malaysia 3-0 Sri Lanka.

Advertisements

Ini menyaksikan Malaysia kekal berada di tangga kedua dengan 4 mata. Perlawanan seterusnya ialah menentang gergasi Asia, Korea Selatan pada ahad ini 18 September jam 12:30 tengah hari waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram