AFL Perkenal Logo & Nama Baharu Bagi Tiga Liga Musim 2024/25
Liga M3
AFL
Advertisements

Musim 2024/25 menyaksikan Liga Bolasepak Amatur (AFL) memperkenalkan logo dan nama baru untuk tiga liga yang dikelolakannya.

Musim ini menyaksikan Liga M3 dikenali sebagai Liga A1 Semi Pro, Liga M4 (Liga A2) dan Liga M5 (Liga A3 Komuniti).

Perubahan nama dan logo baru ketiga-tiga liga ini diumumkan AFL dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya semalam.

Advertisements

Menurut Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, perubahan ini dibuat bagi meningkatkan lagi tarikan komersial liga-liga berkenaan.

Ini selaras dengan perubahan yang dibuat AFL sebelum ini pada tahun 2019. Justeru, perubahan perlu dibuat bagi memastikan ia terus mendapat sambutan peminat bola sepak.

“Perubahan perlu kepada titik permulaan dan kita sememangnya kini dalam usaha untuk meningkatkan nilai komersial kejohanan.

Advertisements

“AFL akan menjenamakan semula nama dan logo pertandingan dengan memperkenalkan Liga A1 Semi Pro sebagai nafas baharu kepada Liga M3, Liga A2 (dahulu dikenali sebagai Liga M4) dan Liga A3 Komuniti (dahulu dikenali sebagai Liga M5),” katanya.

Saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25 turut menyaksikan 16 pasukan mengambil bahagian termasuk enam pasukan baru.

Enam pasukan baru itu ialah Machan FC, Gombak FA, Bunga Raya FC, UiTM United, Kelantan FC dan Putrajaya Athletic FC.

Advertisements

Imigresen FC muncul juara Liga A1 Semi Pro musim 2023 pada hari terakhir musim selepas mengenepikan cabaran KL Rovers dan Harini FT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram