Dunia
Safee Sali
Advertisements

Penyerang berpengalaman KL City FC, Safee Sali menunjukkan reaksi kurang terhadap tindakan sesetengah penyokong yang dilihat cuba melakukan provokasi terhadapnya di laman sosial.

Pemain berusia 38 tahun itu merupakan antara sebahagian daripada skuad gemilang The City Boyssejak dua musim kebelakangan ini.

Beliau juga memainkan peranan yang cukup penting tatkala membantu barisan anak didik Bojan Hodak untuk terus melakar sejarah sejak tahun lalu.

Advertisements

Pada tahun 2021, KL City berjaya mencipta kejutan apabila menumpaskan juara bertahan Liga Super, JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menjulang Piala Malaysia.

Kini, mereka hanya tinggalkan selangkah untuk melakar sejarah bagi menjulang Piala AFC 2022 apabila dijadualkan bertemu dengan wakil Oman, Al-Seeb.

Namun begitu, Safee kelihatan tidak senang dengan komentar segelintir penyokong tatkala beliau kini dalam motivasi terbaik untuk membantu pasukan merealisasikan hasrat ini selepas berjaya membantu JDT menjulang trofi yang sama pada tahun 2015.

Advertisements

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Safee berbalas hantaran di ruangan komen tersebut namun memberi respon terhadap persoalan yang menganggap bahawa beliau masih menjadi tunjang utama pasukan.

“Dia punya sembang macam key player KL,” jelas Nur Hidayah di ruangan komen.

Namun begitu, Safee tenang membalas dengan menyatakan bahawa sukan bola sepak ialah sukan berpasukan bagi mengecapi kejayaan.

Advertisements

“Lah, siapa yang cakap key player pulak ni.”

“Sukan ni satu team, agak-agaklah nak bash orang sekalipun, jangan negatif tak tentu pasal,” jelas Safee.

Mereka bakal turun berdepan Al-Seeb di SNBJ dalam usaha menjadi johan pertandingan untuk melayakkan diri ke pentas ACL. 

Advertisements
D19A95E2 1CAF 4859 9286 346820DB29BA "Agak-Agaklah Nak Bash Orang Sekalipun" -Safee Sali
FB: Safee Sali
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram