UltraSukan
Shuttlestock
Advertisements

Seorang individu yang amat berpengaruh dalam arena sukan negara difahamkan bertindak secara luar kawalan untuk mengekalkan kuasanya termasuklah memberi suapan kepada ahli gabungan persatuannya.

Advertisements

Perkara ini telah dilaporkan oleh wartawan Ultrasukan, Syafiq Freman pada awalnya yang melibatkan seorang individu besar dalam arena sukan yang bertindak melampaui batas.

Beliau difahamkan telah melantik anaknya sendiri untuk mewakili negara selain memaksa barisan kejurulatihan untuk menutup mulut atas perbuatan terkutuknya.

Advertisements

Taktik kotor yang digunakan ini telah menafikan hak atlet lain yang mempunyai kelayakan secara merit untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tindakan ini difahamkan berlaku untuk mengekalkan kuasanya bagi menerajui sukan tersebut.

Advertisements

“Difahamkan juga, beliau telah ‘melantik’ anaknya sendiri mewakili negara dan memaksa jurulatih ikut arahannya tanpa banyak soal.”

Perkongsian terbaru menyaksikan individu ini dikatakan telah memberi sogokan wang kepada ahli persatuannya untuk mengekalkan kuasanya.

“Menurut saksi, ahli gabungan persatuan diberikan rasuah agar menutup mulut sekaligus ‘mengekalkan kuasa’, ujar laporan tersebut.

Tindakan beliau ini boleh menjejaskan arena sukan negara daripada terus berkembang maju.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram