Aidil Sharin: Kehilangan Syafiq Ahmad Menjadi Masalah Buat Kedah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin mengakui bahawa kehilangan Syafiq Ahmad jelas sekali dirasai terutamanya di bahagian serangan.

Aidil Sharin menjelaskan perkara tersebut dalam satu sesi sidang media selepas perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Darul Aman semalam. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

“Pada permulaan musim, kami merancang sesuatu. Kami mempunyai Syafiq Ahmad. Tetapi apabila kami kehilangan Syafiq Ahmad, ini yang menjadi masalah.

Advertisements

“Saya tak boleh lakukan apa-apa apabila hilang khidmat Syafiq Ahmad. Kerana bagi saya, telah terbukti bahawa apabila beliau ada, beliau mampu membantu pasukan. Kita perlu ‘move on’.

“Kalau anda lihat perlawanan selepas Syafiq Ahmad keluar, kita kehilangan kekuatan di bahagian hadapan dan momentum,” jelas Aidil Sharin dalam satu video yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi pasukan.

Advertisements

Pemain yang berusia 26 tahun itu sebelum ini telah dipinjamkan ke pasukan Kedah Darul Aman FC. Syafiq telah menjadi sandaran utama pengendali KDA FC, Aidil Shahrin di bahagian serangan pasukan Sang Kenari dalam sembilan perlawanan saingan Liga Super 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram