Aidil Sharin Sertai Penang?
Dunia
kedah darul aman fc
Advertisements

Bekas jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak difahamkan bakal mengemudi pasukan Penang bagi musim baharu nanti.  

Jurulatih kelahiran Singapura ini bukan lagi ketua jurulatih Kedah selepas pengumuman yang dibuat oleh pihak pengurusan Kedah di laman sosial rasmi mereka pada harini. 

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T Avineshwaran yang menyatakan bahawa Aidil Shahrin mungkin mengisi jawatan sebagai jurulatih Penang musim 2023 nanti. 

Advertisements

Penang FC yang kini dikemudi oleh ‘Manzoor Azwira’ sebagai ketua jurulatih menggantikan tempat Zainal Abidin Hassan yang direhatkan.

Aidil Shahrin merupakan jurulatih yang sangat berpengalaman di Liga Malaysia, dan tidak mustahil khidmat beliau masih lagi diperlukan buat kelab-kelab di Liga Malaysia.

Untuk rekod, Aidil Shahrin telah bersama Kedah sejak 2019 dan banyak kejayaan yang telah dicapai antaranya ialah Juara Piala FA 2019. 

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram