Aidil Sharin Tekad Pulihkan Reputasi Syafiq Ahmad
Dunia
Kedah Darul Aman
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin optimis kepulangan bekas pemain mereka, Syafiq Ahmad pada musim ini mampu untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukan untuk bersaing dalam Liga Super dan juga pentas AFC.

Bukan itu sahaja, pengendali yang berasal dari Singapura ini juga melihat potensi dan kualiti yang dimiliki oleh penyerang berusia 26 tahun ini mampu untuk menjelmakan sesuatu buat pasukan untuk terus memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

‘Kita tahu Syafiq kurang dari segi minit permainan sebelum ini dan oleh sebab itu banyak perkara yang kita rancang selepas dia kembali beraksi bersama pasukan Kedah.’

Advertisements

‘Kita juga akui kualiti dan ketajaman Syafiq boleh membantu Kedah musim ini kerana dia juga pernah membuktikan sentuhan terbaiknya ketika bersama Kedah, Johor Darul Ta’zim dan skuad kebangsaan sebelum ini.’

Bukan itu sahaja, Aidil juga melihat bahawa pemain yang dipinjam dari JDT ini sentiasa menunjukkan komitmen dan kerja keras dalam sesi latihan untuk terus memberikan yang terbaik bersama pasukan.

Advertisements

‘Saya yakin dia sedang bekerja keras dan sedang meningkatkan persefahaman yang kukuh dengan semua pemain import dan pemain baharu Kedah,’ – katanya kepada Berita Harian.

Pemain kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang ini dilihat sudah mula mendapat rentak terbaiknya apabila menjaringkan satu gol cantik menerusi tandukan pada aksi menentang Sarawak United dalam kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (PSMJ 2022), kelmarin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram