Advertising
Arif Aiman ‘Tegur’ Bergson Suruh Pakai Kaki
MakanBola

Arif Aiman Hanapi yang baru saja berumur 18 tahun berjaya mencuri perhatian peminat bola sepak Malaysia dengan aksi lincahnya di atas padang.

Tidak seperti pemain lincah dan berskil tinggi yang lain, Arif Aiman dilihat sebagai seorang pemain yang mempunyai stamina yang tinggi dan ‘vision’ yang kuat semasa bermain.

Aiman juga kelihatan seorang yang berani menegur rakan sepasukannya tidak kira siapa pemain tersebut.

Ad

Terbaru dalam satu muat naik di Twitter rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim terdapat satu komen dari penyokong yang memaklumkan Aiman berani menegur pemain import terbaru JDT, Bergson da Silva.

Ad

Dalam video berkenaan Aiman menggelecek pemain import Selangor dari Ghana, Jordan Ayimbila seperti sedang melakukan latihan.

Ayimbila yang tertewas dengan gelecekan Aiman hanya mampu memandang bola hantaran Aiman yang menuju kearah Bergson da Silva.

Ad

Bergson da Silva yang gagal menanduk bola berkenaan ditegur Aiman secara spontan dengan menunjukkan kakinya seolah-olah meminta Bergson menggunakan kaki dan bukannya kepala.

Permintaan Aiman tersebut adalah ‘valid’ memandangkan bola tersebut agak sukar ditanduk namun boleh dicapai sekiranya menggunakan kaki.

Aiman beberapa kali mencuri perhatian peminat bola sepak Malaysia yang beranggapan pemain muda ini bakal menjadi pemain bernilai tinggi buat pasukan Malaysia.