Air Mata Jantan Pemain AS Roma Gugur Di Tengah Padang
TV
AS Roma
Advertisements

Pemain muda AS Roma, Niccolo Pissili tidak dapat menahan air mata jantannya daripada gugur selepas menjaringkan gol pertama dalam karier profesionalnya.

Gol tersebut dijaringkan dalam aksi terakhir Kumpulan G Liga Europa membabitkan Roma dan kelab Moldova, Sheriff Tiraspol yang berlangsung pada 15 Disember lalu.

Pisilli yang masuk menggantikan peledak Itali, Andrea Belotti melengkapkan malam cemerlang Giallorossi dengan gol ketiga pada minit ke-93.

Advertisements

Melihat dirinya tidak dapat menahan air mata, para pemain dan staf Roma termasuk pengurus Portugal, Jose Mourinho menenangkan pemain berusia 19 tahun itu sambil mengucapkan tahniah.

Video reaksi Pissili selepas tamat perlawanan itu mencuri perhatian ramai peminat bola sepak.

“Ia satu emosi yang sukar diterangkan, ia tak dapat dijelaskan. Ini sesuatu yang saya impikan sepanjang hidup saya.

Advertisements

“Saya merupakan penyokong Roma sejak kecil lagi. Saya tak pernah terbayang dapat menjaringkan gol di stadium ini (Stadio Olimpico) dengan baju ini.

“Penyokong Roma amat istimewa, semua orang tahu tentang perkara ini. Saya cuba kekal tenang seberapa yang boleh, jurulatih (Jose Mourinho) memberitahu saya agar kekal tenang dan saya telah cuba melakukannya,” katanya kepada Sky Sports seperti dilaporkan Roma Press.

Pissili berharap dapat membantu Giallorossi meraih kemenangan ke atas pasukan yang sedang meningkat naik, Bologna dalam aksi terbaru Serie A pada awal pagi esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram