Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim Terima ‘Sentuhan’ Derrick Gan, Johann & Joann
Komuniti
Selangor FC
Advertisements

Berita baik buat Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim apabila bakal menerima sumbangan khas dari sebuah syarikat perabot, Johann & Joann bersama Derrick Gan.

Derrick yang dilantik sebagai duta Johann & Joann berkata sebuah produk telah dilancarkan dan 10 peratus dari jualan produk akan disumbangkan kepada akademi pemain tersebut.

”Jadi, dengan menjadi duta ini, Johann & Joann telah mengeluarkan sebuah produk rak serbaguna berkonsepkan Harimau Malaya dan kejutannya 10 peratus dari jumlah jualan akan disumbangkan kepada Akademi DNA Faisal Halim dan Train Like A Pro,” katanya ketika Majlis Kerjasama Derrick Gan dan Johann & Joann.

Advertisements

Beliau berharap sumbangan ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bermain bola sepak di samping menyumbang kembali kepada masyarakat khususnya komuniti bola sepak.

“Kita cuba tolong mana yang tak berkemampuan, ianya seperti memberi sumbangan kembali kepada masyarakat. Ini juga seperti salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Johann & Joann,” ujar beliau lagi.

Beliau turut berbesar hati setelah dilantik menjadi duta jenama perabot tersebut dan berharap dapat menyumbang lebih lagi kepada orang ramai di masa akan datang.

Advertisements

Majlis yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) itu turut mengumumkan Encik Azrin Malek sebagai pengurus Derrick Gan. Encik Azrin juga merupakan pengurus kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram