Akademi Hijau Kuning Jalin Kerjasama Dengan Kelab Sepanyol
Dunia
Hijau Kuning FC
Advertisements

Akademi bola sepak Hijau Kuning FC (HKFC) terus beraspirasi membangunkan program akar umbi di negeri Kedah. Bagi menjayakan hasrat tersebut, pihak HKFC telah menjalin kerjasama dengan kelab Segunda Division (divisyen kedua Sepanyol), CD Leganes.

Kerjasama tersebut merupakan usaha berterusan pihak akademi dalam memantapkan program akar umbi mereka. Sebelum ini, selepas menjalinkan kerjasama dengan La Liga, pengurusan HKFC berpeluang meninjau akademi-akademi yang bernaung di bawah La Liga pada Oktober tahun lepas.

Menerusi kerjasama dengan Leganes, satu kem latihan yang dipanggil Football Campo diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama empat hari yang berakhir semalam.

Advertisements

Menurut CEO HKFC, Khairul Amir Nadzim, kem latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelatih tentang aspek bola sepak Sepanyol.

“Football Campo disertai 30 pelatih muda yang berumur diantara 10 hingga 13 tahun. Ia diketuai oleh Faissal Chehade yang juga jurulatih pembangunan remaja berpengalaman dari kelab CD Leganes.

“Beliau membimbing pelatih muda ini menggunakan metodologi ala Sepanyol dan pada masa yang sama turut memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih HKFC.

Advertisements

“Pihak La Liga yang berkolaborasi dengan HKFC turut menghantar wakil mereka iaitu Adrian Prol Vazquez bagi memantau program yang dijalankan ini,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Jelajah Asia HKFC 2023 di Pusat Islam UUM semalam.

Selepas ini, HKFC bakal mengadakan Jelajah Asia 2023 dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Akademi Bola Sepak ASIOP di Jakarta, Indonesia. Jelajah ini bakal berlangsung dari 11 hingga 12 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram