Akademi JDT Terlepas Dakap Piala, Tewas Kepada AMD
Liga M3
JST
Advertisements

Akademi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terlepas peluang meraih Piala Menteri Pendidikan (KPM) 2023 hari ini.

Ini selepas mereka dikecewakan skuad B-14 Akademi Mokhtar Dahari 3-2 dalam aksi final yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Ubi muda JDT layak ke final selepas mengetepikan cabaran skuad muda JDT B di pentas separuh akhir Liga KPM 2023.

Advertisements

Sementara AMD gah ke pentas final selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di peringkat sama.

Sebaik wisel perlawanan ditiup, kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pembukaan. Bagaimanapun, tuan rumah memastikan mereka mendahului 2-0 sehingga rehat menerusi Arayyan Hakeem Norizam.

Begitupun, segalanya berubah pada separuh masa kedua. Kata-kata semangat yang diberi jurulatih AMD, Armi Shariff semasa rehat mendorong mereka bangkit.

Advertisements

Hasilnya, kapten AMD, Iman Danish Mohd Shukor memastikan AMD mendahului menerusi hatrik pada babak kedua. Keadaan ini menyaksikan ubi muda JDT ketinggalan 3-2 kepada pelawat.

Keputusan tersebut sudah cukup untuk membantu AMD muncul juara Piala KPM 2023. Biarpun tewas, pencapaian ubi muda JDT ini merupakan sesuatu yang membanggakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram