Dunia
Advertisements

Kini para pemain muda Malaysia sentiasa mendapat perhatian dari kelab liga luar negara apabila sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Korea berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap skuad B-22 tahun negara, Akhyar Rashid.

Baru-baru ini JDT mengumumkan bahawa Safawi Rasid telahpun menandatangi kontrak pinjaman dengan kelab utama Portugal, Portimonense SC.

Menurut peraturan baharu Liga Korea K1, pasukan yang beraksi dalam saingan K1 League dibenarkan untuk menandatangani seorang pemain dari rantau Asia Tenggara. Kelab terbabit mahu memanfaatkan peluang ini.

Advertisements

“Kelab tersebut beraksi dalam saingan K-League dan mereka telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Akhyar setelah menyaksikan pemain itu beraksi bersama kelab dalam saingan Liga Juara-Juara Asia dan juga pasukan negara,” kata sumber terbabit.

akhyar Akhyar Rashid Pernah Diintai Kelab Liga Korea
Kelab Korea terbabit turut beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL)

Pasukan yang turut beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2020 itu telah mengenal pasti pemain yang mahu direkrut dan mereka berminat untuk menandatangani Akhyar selepas menyaksikan pemain itu beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan negara baik di peringkat senior mahupun skuad B-22 tahun.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan ada beberapa kelab Liga Jepun yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat Akhyar. Selain itu, seorang lagi pemain muda negara, Safawi Rasid juga menarik minat kelab luar dimana bekas pemain T-Team itu dikaitkan dengan FC Zurich.

Advertisements

“Pemain muda yang mempunyai kualiti akan dipilih untuk pergi ke FC Zurich. Perkara ini masih lagi dalam peringkat perbincangan,” kata TMJ.

Walaubagaimanapun setelah beberapa bulan kelihatannya Akhyar masih kekal di JDT dan menimbulkan tanda tanya buat rakyat Malaysia.

Adakah Akhyar tidak berminat dengan nilai gaji yang ditawarkan kelab Korea berkenaan? Sudah tentu anda tidak akan tahu kerana saya juga tidak tahu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram