Akhyar Rashid Puas Meledak Selepas Jarang Beraksi Di Kelab
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kepuasan terpancar pada wajah pemain sayap Akhyar Rashid bila meledakkan gol semasa menentang Turkmenistan dan Hong Kong. Ini kerana inilah peluang untuk dirinya menunjukkan potensi dirinya yang sebenar selepas jarang diturunkan kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Liga Super musim 2023 menyaksikan Akhyar hanya diturunkan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan iaitu kemenangan ke atas Negeri Sembilan dan Kelantan. Ini disebabkan jurulatih Esteban Solari lebih memilih Arif Aiman Hanapi sebagai sebahagian daripada trio serangan JDT.

Justeru, bila diberi peluang oleh Kim Pan-gon membarisi skuad Harimau Malaya, Akhyar memanfaatkan sepenuhnya peluang tersebut.

Advertisements

“Bagi saya untuk dua perlawanan ini, disebabkan saya jarang dapat main (jadi) saya puas hati sangat kerana dua gol dalam dua perlawanan. Untuk perlawanan berikutnya saya akan buat lebih baik, saya tak rasa bermain dengan sangat baik dalam dua perlawanan ini tetapi saya cuba buat apa yang terdaya.

“Saya terharu, terima kasih kepada keseluruhan pasukan kerana berikan dorongan walaupun saya jarang dapat bermain, itulah yang saya boleh buat, saya bagi 100% dalam permainan,” katanya kepada Berita Harian selepas tamat perlawanan Malaysia-Hong Kong semalam.

Advertisements

Dalam perlawanan semalam, Akhyar dan pemain sayap Selangor, Faisal Halim membantu Harimau Malaya menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Bekas pemain sayap Kedah itu berharap dengan persembahannya itu, ini dapat mendorong Solari menurunkannya dalam perlawanan menentang Sabah pada 31 Mac ini. Dengan Arif Aiman juga terpaksa berehat akibat kecederaan, ia merupakan peluang keemasan buat Akhyar merebut slot kesebelasan utama JDT.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram