Akhyar Rashid Terima Penghargaan Tertinggi
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid menerima pujian tertinggi daripada individu yang berjuang bersama-samanya merebut tempat dalam pasukan.

Anak jati kelahiran Kedah ini telah pun menyertai skuad Harimau Selatan dari negeri kelahirannya pada tahun 2018 pada usia yang cukup muda.

Bintang bertubuh kecil ini dikenali sebagai salah seorang pemain sayap lincah yang dimiliki oleh Malaysia malah diakui oleh rakan sepasukannya, Matthew Davies.

Advertisements

Menerusi satu perkongsian ketika sesi ramah mesra bersama keluarga JDT di Toppen Shopping Centre, pemain kelahiran Australia itu sempat berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang bola sepaknya.

Sungguhpun perhatian terarah kepada kepetahan Matt Davies berbahasa Melayu, ia tetap tidak mengubah apa yang diperkatakan oleh pemain berusia 28 tahun itu.

Advertisements

Dalam sesi penjelasan beliau, Matt memberitahu bahawa individu yang paling sukar untuk dikawal ketika beliau beraksi ialah Akhyar Rashid.

Beliau mengungkapkan kriteria yang menyebabkan Akhyar dianggap pemain paling sukar buatnya.

Advertisements

Bagi saya salah seorang yang sukar ialah Akhyar Rahsid ketika beliau bersama Kedah dan saya di Pahang.”

“Beliau (Akhyar) merupakan seorang yang saya sukar nak lawan. Saya lega kerana saya tak perlu menentangnya lagi,” jelas Davies.

Advertisements

Hal ini terbukti apabila beliau sering menjadi pemain gantian yang cukup efektif dalam percaturan Tano Solari.

Sungguhpun hanya beraksi sebanyak 168 minit, beliau masih berpeluang untuk menjaringkan dua gol dan mencatat satu bantuan gol termasuklah berdepan Kelantan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram