Akmal Rizal Kongsi Pengalaman Berlatih Bersama Bayern Munich
MakanBola
Penang FC
Sponsors

Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mendedahkan beliau pernah berlatih bersama skuad remaja Bayern Munich.

Pengalaman tersebut dikongsikan beliau semasa menjadi tetamu program Bola Dulu Baru Kamu! baru-baru ini.

Ad

Sebelum Akmal menyertai kelab Perancis, RC Strasbourg, beliau menimba pengalaman berlatih bersama skuad remaja Die Roten pada tahun 90-an.

Ad

Sepanjang tempoh berada di Jerman, Akmal tinggal bersama bekas pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim. Teong Kim pada ketika itu merupakan jurulatih skuad remaja Bayern Munich.

“(Pada usia) 16 tahun, saya diberi peluang berlatih selama enam minggu di Bayern Munich, skuad Bayern Munich Bawah 17 Tahun (B-17).

Ad

“Itu satu pengalaman yang saya ingat dan saya duduk di rumah Lim Teong Kim. Ketika itu, Lim Teong Kim latih skuad B-14 (atau) B-15 saya rasa” katanya.

Ad

Akmal turut mendedahkan beliau menjadi pemain Malaysia kedua berlatih bersama Die Roten selepas bekas pemain Kedah, Rafiz Abu Bakar.

Ad

Selain RC Strasbourg, beliau pernah beraksi untuk FC Haguenau, Kedah, Selangor FC, Kuala Muda Naza, Perak FC, Sarawak dan Kedah United.

Selepas menggantung but pada 2016, Akmal pernah menggalas peranan sebagai jurulatih Penang FC untuk musim 2024/25. Beliau kini menggalas peranan sebagai jurulatih Penang II untuk kempen Piala MFL.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments