Legenda bola sepak Malaysia, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, beliau menyatakan bahawa program naturalisasi yang dijalankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sememangnya gagal.
Bekas pemain kebanggsaan itu turut merasakan pemain seperti De Paula dan Liridon adalah antara pemain yang gagal memberikan impak dalam skuad kebanggsaan. Baginya, Sumareh merupakan salah satu pemain yang berhasil menyumbang sesuatu dalam skuad Harimau Malaya bagi kejohanan sebelum ini.
“Saya rasa program pemain naturalisasi ini memang gagal. Sebelum ini kita ada Sumareh yang juga ada menyumbang sesuatu. Bagi saya De paula dan Liridon gagal sama sekali,”
Penolong jurulatih Pulau Pinang ini berpendapat bahawa barisan pemain yang dibawa pada kejohanan kali ini bukan di antara pemain yang terbaik dalam Liga Malaysia. Beliau akui kecewa kerana Liga Malaysia gagal untuk melahirkan barisan penyerang yang berkualiti.
“Bukan semua pemain yang terbaik dalam liga Malaysia yang dibawa,”
“Saya akui kecewa sejak beberapa tahun kebelakangan ini kita tidak dapat melahirkan penyerang-penyerang yang baik,”
Mengulas lanjut, Akmal turut menegaskan jika program ini ingin diteruskan selepas ini, pihak FAM perlu meneliti lebih mendalam lagi terutamanya dari segi umur pemain yang dipilih untuk dinaturalisasi.
“Jika program ini diteruskan kita perlu kaji sedalam-dalam yang mungkin, lihat faktor umur pemain itu sendiri,” kata Akmal kepada Astro Arena.