Akram : Bukan Rezeki Saya Untuk Bantu Harimau Malaya
Dunia
Advertisements

Menurut laporan daripada Kosmo, Pemain tengah Kuala Lumpur City Muhammad Akram Mahinan kecewa kerana tidak dapat bersama menyertai skuad Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Kulim, Kedah ini menyatakan Tan Cheng Hoe terpaksa melepaskannya kerana beliau telah mengalami kecederaan yang mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

Jelas Akram, beliau kecewa tidak dapat beraksi bersama-sama rakan sepasukannya dalam pentas AFF ini kerana beliau perlu berehat panjang.

Advertisements

“Saya ada mengalami kecede­raan pangkal paha ketika beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum ini. Ia berlaku ketika perlawanan memasuki minit ke-20, tetapi saya makan ubat tahan sakit dan balut ketat-ketat untuk bertahan,” katanya

“Tidak dinafikan memang saya sangat kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan negara memandangkan saya benar-benar berada dalam keadaan bersedia untuk beraksi dalam Piala AFF kedua,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

“Saya anggap bukan rezeki saya untuk beraksi pada edisi kali ini. Menurut doktor, saya perlu berehat selama dua minggu bagi memastikan kecederaan ini pulih sepenuhnya,” ujarnya.

Advertisements

Harimau Malaya akan diuji dalam perlawanan pertama yang akan berlangsung pada 6 Disember, Malaysia akan bertemu dengan Cambodia pada pukul 5.30 petang waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram