Akram Mahu Muka Baru Cepat Sesuaikan Diri Bersama Harimau Malaya
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah KL City FC, Akram Mahinan antara nama yang tersenarai untuk mewakili skuad kebanggsaan ke kejohanan Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung bulan Disember ini. 

Pemain tengah skuad kebanggsaan ini menyeru kepada seluruh pemain yang terpilih terutamanya buat muka baharu untuk segera menyesuaikan diri dalam satu pasukan oleh kerana tiada perlawanan persahabatan yang akan dijalankan sebelum bermulanya kejohanan AFF itu nanti. 

Malah, pemain berusia 28 tahun itu menyatakan bahawa skuad kebanggsaan kini sedang kesuntukan masa untuk melakukan persiapan yang rapi memandangkan tinggal lagi hanya dua minggu sahaja sebelum perlawanan pertama berlangsung. 

Advertisements

“Mana-mana pemain yang mendapat panggilan ke skuad kebangsaan mungkin berdepan sedikit kesukaran kerana masa terlalu suntuk bagi melakukan persiapan sebelum perlawanan pertama nanti.”

“Seperti yang saya cakap, pemain-pemain yang dapat panggilan skuad kebangsaan, lebih-le­bih lagi muka baharu mereka perlu cepat sesuaikan diri kerana kita tidak dapat adakan perlawanan persahabatan.” 

Justeru itu, pemain tengah kelahiran Kedah itu akui tidak khuatir mengenai tahap kecergasan para pemain yang terpilih oleh kerana ketika ini beliau serta rakan sepasukan yang lain sedang bermain dalam Piala Malaysia.

Advertisements

Beliau turut menggesa barisan pemain untuk sedia mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk sama-sama memburu kejuaraan dalam kejohanan itu nanti.

“Berhubung tahap kecergasan, saya tidak bimbang sangat kerana kami bermain dalam Piala Malaysia. Sama ada bersedia atau tidak, kita tidak ada pilihan, cuma perlu persiapkan dari segi mental dan fizikal.” katanya kepada Kosmo.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram