Akram Mahinan Nadi Keampuhan Jentera Tengah Malaysia
Dunia
Kuala Lumpur City FC
Advertisements

Pemain kelahiran Kedah, Akram Mahinan antara nama yang dipanggil untuk menyertai skuad kebanggsaan ke Amman, Jordan bagi perlawanan antarabangsa bertemu Jordan dan Uzbekistan. 

Pemain berumur 28 tahun ini menjadi watak penting pasukan bagi mengemudi jentera tengah KL City pada musim ini. Prestasi yang luar biasa ditunjukkan oleh beliau sekaligus membantu pasukannya menduduki tangga ke-6 dalam saingan Liga Super musim ini. 

Beliau turut konsisten berada dalam kesebelasan utama KL City apabila hanya tidak diturunkan dalam 2 perlawanan daripada 22 jumlah perlawanan bagi saingan Liga Super musim ini. 

Advertisements

Menurut statistik daripada Semuanya Analisis, prestasi yang ditunjukkan beliau amat mengagumkan apabila beliau berjaya melakukan 98 ‘ball interception’, 230 ‘challenges’ serta 105 ‘tackles’ sepanjang aksi bersama KL City FC musim ini. 

Hal ini jelas membuktikan kredibiliti beliau mampu untuk mengetuai bahagian tengah pasukan kebanggsaan sekaligus dapat memberi impak yang besar bagi meneutralisasikan serangan daripada pihak lawan.  

Walau bagaimanapun, sistem bola sepak perlu diukur dari pelbagai aspek bukan sekadar jaringan sahaja. Malah, kemenjadian dalam menghasilkan sistem taktikal yang sempurna diterapkan oleh jurulatih dalam sesebuah perlawanan juga menjadi kayu ukur sesebuah pasukan. 

Advertisements

Pasukan kebanggsaan dijadualkan akan menentang pasukan Jordan bagi aksi pertama perlawanan persahabatan pada malam ini jam 11.00 malam. Siaran secara langsung akan disiarkan di Astro Arena 2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram