Aksi Al-Nassr Ditangguh Kerana Stadium Tiada Elektrik
Dunia
Mecree
Advertisements

Pertembungan kelab baharu Cristiano Ronaldo dalam saingan Liga Saudi menentang Al-Ta’i terpaksa ditangguhkan akibat ketiadaan bekalan elektrik di stadium.

Aksi yang dijadualkan berlangsung semalam itu terpaksa ditangguhkan dalam tempoh 24 jam selepas keadaan stadium difahamkan tidak berada dalam tahap terbaik bagi sepak mula tersebut.

Perkara ini telah pun disahkan oleh laman rasmi kelab apabila venue perlawanan, Stadium Universiti King Saud itu tidak dapat meneruskan aksi tersebut sekaligus merencatkan perjalanan pasukan.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di lama rasmi kelab, pihak Al-Nassr mengesahkan berita itu kira-kira dua jam sebelum sepak mula pada pukul 6 petang waktu tempatan.

“Disebabkan hujan lebat dan keadaan cuaca yang menjejaskan bekalan elektrik di stadium, kami ingin memaklumkan perlawanan menentang Al Ta’i pada malam ini terpaksa ditangguhkan selama 24 jam,” jelasnya satu kenyataan.

Advertisements

Ronaldo pula dijangka tidak akan beraksi lagi pada perlawanan ini dan perlu menunggu sehingga 21 Januari kelak kerana sedang menjalani penggantungan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram