Aksi Bersahaja Arif Aiman Selepas Ditolak Damien Lim
Dunia
Unifi sports
Advertisements

Aksi bersahaja ditampilkan oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman selepas ditolak oleh penjaga gol Sabah, Damien Lim jelas membuktikan beliau seorang pemain yang profesional.

Hal ini terjadi pada minit ke-41 permainan apabila kaki Arif Aiman terkena sedikit di badan Damien Lim ketika mahu mengejar bola yang dihantar oleh Mathew Davies.

Jika dilihat dengan lebih jelas, Arif Aiman mungkin tidak sengaja kerana beliau terus memohon maaf kepada Damien Lim sejurus selepas kejadian tersebut.

Advertisements

Namun, penjaga gol Sabah itu tidak dapat mengawal emosinya dan pengadil melayangkan kad kuning kepadanya kerana respon tersebut.

Damien Lim mungkin menganggap tindakan Arif Aiman wajar dilayangkan kad, akan tetapi pengadil tiada memberikan sebarang respon terhadap situasi itu.

Ketika ini, JDT mendahului dengan satu jaringan yang telah dijaringkan oleh Arif Aiman dengan sepakan kaki kiri daripada luar kotak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram