UCL: Aksi Bersahaja Dion Cools Menentang PSV Eindhoven
TV
Dion Cools vs PSV
Advertisements

Midtjylland bertandang ke tempat lawan bertemu pasukan gergasi Belanda, PSV Eindhoven dalam pusingan ke-3 Kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Segalanya seperti tidak menjadi buat pasukan yang diwakili Dion Cools, FC Midtjylland pada separuh masa pertama apabila mereka bolos 3 gol dalam masa 30 minit.

Tuan rumah berjaya memperoleh jaringan seawal minit ke-19 menerusi sepakan luar kotak penalti Noni Madueke dan jaringan ke-2 dan ke-3 selang 10 minit kemudian hasil jaringan Mario Gotze dan Cody Gakpo.

Advertisements

Midtjylland yang hadir tanpa 5 pemain utama yang disahkan positif Covid-19 membuat pertukaran awal sebaik masa ke-2 bersambung dengan memasukkan pemain Malaysia, Dion Cools.

Peluang 45 minit yang diberikan ketua jurulatih Midtjylland, Brian Priske digunakan sebaiknya oleh Dion Cools untuk membuktikan kemampuan dirinya.

Selama 45 minit beraksi di atas padang ternyata kualiti yang dimiliki Dion Cools amat baik di mana beliau mampu membuat hantaran jarak jauh tepat selain mampu membuat keputusan-keputusan saat kritikal dengan baik.

Advertisements

Dengan tempo perlawanan yang amat tinggi, Dion Cools masih “sejuk” beraksi di atas padang dengan penuh keyakinan.

Saksikan aksi Dion Cools di atas padang semasa bertemu PSV Eindhoven.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 11 Ogos (Rabu) jam 2.00 pagi waktu Malaysia di MCH Arena.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram