Aksi Harimau Malaya Berdepan Kepulauan Soloman & Yaman Curi Tumpuan
MakanBola
FA Malaysia

Pertembungan antara pasukan Harimau Malaya dalam dua aksi persahabatan bulan Jun menentang Kepulauan Solomon dan Yaman mencuri tumpuan.

Anak didik Kim Pan-gon sudah tentu mahu meneruskan rentak cemerlang beraksi di lama sendiri untuk terus mengumpul mata FIFA bagi memperbaiki kedudukan ranking negara.

Namun begitu, perlawanan ini terus mencuri tumpuan apabila ia bakal diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Ini juga memberi ruang dan peluang khusunya kepada penyokong di Pantai Timur untuk merasai kehangatan aksi Malaysia seperti yang dimahukan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Dato’ Hamidin Mohd Amin.

Berdasarkan pengumuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysia terlebih dahulu akan bertemu Kepulauan Solomon pada Rabu, 14 Jun 2023.

Aksi berikutnya melibatkan pasukan tangga ke-157 dunia itu pada tarikh 20 Jun 2023 sebagai persediaan berikutnya ke Piala Asia.

Baru-baru ini, barisan kejurulatihan negara yang diketuai oleh Pan-gon telah pun ke Barcelona untuk bertemu dengan ketua jurulatih kelab Catalan iaitu Xavi Hernandez.

Lawatan tersebut dijangka mampu untuk memberi nilai tambah bagi memperbaiki beberapa aspek yang melibatkan kelemahan dan kekuatan pasukan bagi aksi berikutnya.