Aksi Hayder Qhalish Hormati Lagu Negeri Johor Tular

Hayder Bergson Haziq Aksi Hayder Qhalish Hormati Lagu Negeri Johor Tular
Foto: Eyra Hazali
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Gelagat anak kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Hayder Qhalish terus mencuri perhatian ramai apabila kali ini Hayder dirakam berdiri bagi menghormati nyanyian lagu negeri Johor.

Satu kompilasi video hasil IG Story ibunya, Eyra Hazali telah tular apabila ia dimuat naik seorang pengguna di laman Tiktok. Video itu turut disiarkan di Tiktok, Facebook dan Instagram hingga mencecah ratusan ribu tontonan.

Dalam video tersebut, Hayder yang berdiri bersebelahan Bergson Da Silva mencontohi perilaku pemain JDT yang lain apabila dia meletakkan tangannya di belakang ketika nyanyian lagu negeri Johor dinyanyikan Boys Of Straits.

Datang untuk memberikan sokongan kepada bapanya, Haziq Nadzli dan JDT, gelagat riang dan comel Hayder sering menjadi tumpuan ramai setiap kali hadir ke stadium. Ramai dalam kalangan pemain JDT dilihat selesa dan suka dengan gelagat lucu anak kecil ini.

Beberapa Vlog yang merakam gelagat Hayder sepanjang berada di stadium boleh ditonton di laman Youtube. Ia telah dimuatnaik di channel Youtube Eyra Hazali.