Aksi Indonesia & Argentina Bakal Jadi Kenyataan
Asia
PSSI & Selección Argentina
Advertisements

Impian seluruh rantau Asia Tenggara untuk melihat pertembungan antara pasukan Indonesia berdepan juara Piala Dunia, Argentina selangkah dari nyata.

Perkara ini telah pun disahkan oleh seorang wartawan terkemuka di Eropah iaitu Gaston Edul yang memaklumkan bahawa pertembungan antara dua pasukan ini semenangnya berasas.

Argentina difahamkan akan terbang ke Asia bagi menghadapi dua aksi persahabatan dalm kalendar FIFA pada bulan Jun ini dengan China bakal menjadi lawan pertama mereka di sini.

Advertisements

Kedua-dua perlawanan ini bakal diadakan di gelanggang tuan rumah di Asia Tenggara sekaligus memberi peluang kepada seluruh peminat untuk menyaksikannya.

Aksi penting ini dilihat sebagai persiapaan yang cukup rapi dilakukan oleh PSSI sebelum melangkah ke Piala Asia di Qatar tahun hadapan.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), Erick Thohir mengakui sedang berusaha untuk melakukan persiapan terbaik buat anak didik Shin Tae-yong tahun ini.

Advertisements

Pasukan yang berada pada kedudukan pertama dunia itu sudah tentu merupakan lawan yang cukup luar biasa buat Sang Garuda yang kini melonjak ke tangga 149 dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram