Aksi JDT Jadi Tonik Buat Kuching City Di Final
MFL
JST
Advertisements

Menjelang perlawanan akhir pertama Piala Cabaran yang bakal berlangsung esok 29 November, pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mahu anak-anak buahnya menikmati perlawanan akhir pertama dalam sejarah kelab itu.

Bakal bertemu PDRM FC, Aidil melihat para pemain Kuching City sangat bersemangat untuk beraksi esok ditambah pula aksi terakhir mereka yang meyakinkan walaupun tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Alhamdulillah, pasukan ini menantikan perlawanan esok. Mereka tahu ini merupakan perlawanan akhir kali pertama buat Kuching. Saya boleh lihat para pemain sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi.

Advertisements

“Dan kita juga melalui perlawanan yang baik pada aksi terkini menentang JDT. Itu merupakan salah satu persiapan yang baik buat kami,” jelas Aidil Sharin dalam sidang media pra perlawanan sebentar tadi.

Dalam masa sama, Aidil juga sedar PDRM turut mahu mencipta sejarah buat kelab mereka. Beliau menjangkakan perlawanan akhir pertama esok akan menjadi sebuah perlawanan yang sengit.

Advertisements

Perlawanan akhir pertama Piala Cabaran di antara Kuching City dan PDRM akan dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada malam esok. Kedua-dua pasukan akan melalui aksi timbal balik di Stadium Negeri Sarawak pada 3 Disember depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram