Aksi Kental Shahrul Nizam Yang Membuatkan Kim Pan-gon Tersenyum Lebar
Blog
TFC
Advertisements

Berusia 24 tahun dan merupakan tonggak utama pasukan Terengganu FC untuk dua musim berturut-turut menunjukkan bahawa pemain ini mempunyai aura yang tersendiri. Nama Shahrul Nizam Ros Hasni bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia.

Shahrul Nizam beraksi selaku pertahanan tengah untuk pasukan Terengganu dan untuk musim ini, beliau membentuk gandingan mantap bersama pasangannya di posisi pertahanan tengah iaitu pemain import dari Senegal, Pape Diakite.

Baru-baru ini, video aksi kebal Shahrul Nizam ketika menentang Sarawak United telah tersebar di laman instagram. Dalam video tersebut memperlihatkan betapa sukarnya penyerang import lawan untuk melepasi kawalan ketat beliau. Terengganu menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Merupakan pemain berkaki kidal, sudah pastinya kelebihan ini akan dipandang oleh jurulatih Harimau Malaya yang sangat teliti dalam pemilihan pemain termasuk kaki dominan seseorang pemain tersebut. Untuk rekod, sebelum ini, Pan-gon telah membawa masuk Khuzaimi Piee sebagai pemain pertahanan tengah berkaki kiri atas sebab taktikal.

Khuzaimi telah membalas kepercayaan yang diberi selepas menunjukkan aksi berkualiti ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Filipina Mac lalu. Ini bermakna, pertahanan tengah berkaki kiri sangat diperlukan dalam taktikal Pan-gon dan berkemungkinan prestasi terkini Shahrul Nizam bakal membuatkan Pan-gon tersenyum lebar.

Setakat ini, Shahrul Nizam telah diturunkan 4 aksi dalam Liga Super dan 1 aksi Piala FA. Walaupun tiada jaringan yang dihasikan, namun beliau sudah menyumbang satu bantuan gol dalam Piala FA menentang Negeri Sembilan minggu lalu.

Advertisements

Ayuh kita lihat aksi kental Shahrul Nizam ketika menentang Sarawak United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram