Aksi Lipat Minit Akhir Hiasi Perlawanan Kedah & Sri Pahang

Sri Pahang VS Kedah Aksi Lipat Minit Akhir Hiasi Perlawanan Kedah & Sri Pahang
Sri Pahang
Ikuti Telegram MakanBola (3640)

Perlawanan ketiga saingan Liga Super 2022 menyaksikan pertembungan di antara pasukan Kedah Darul Aman menentang pasukan Sri Pahang FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman berkesudahan dengan kemenangan buat pasukan tuan rumah.

Babak separuh masa pertama perlawanan dilihat seimbang. Kedua-dua pasukan lebih berhati-hati ketika mengatur serangan dan para pemain masih mencari rentak permainan.

Walaupun banyak asakan yang dihasilkan, namun penyerang pasukan Kedah Darul Aman dan Sri Pahang masing-masing tidak mampu mencetak jaringan. Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan, 0-0.

Menjelang aksi separuh masa kedua, pasukan tuan rumah dilihat lebih mendominasi permainan. Banyak hantaran lintang dan percubaan daripada para pemain Kedah Darul Aman. Usaha anak buah Aidil Shahrin akhirnya membuahkan hasil apabila Rodney Celvin berjaya membuka akaun jaringan.

Pada minit ke-54 permainan, pertahanan tengah KDA FC itu berjaya menolak masuk bola ke gawang setelah memanfaatkan bola muntah hasil tangkapan kurang kemas penjaga gol Sri Pahang susulan sepakan penjuru yang diambil Syazwan Zainon.

Gol yang dihasilkan Bonai sekaligus meranapkan impian pasukan Sri Pahang.

Pada minit-minit akhir permainan, tindakan penjaga gol import Sri Pahang, Mamadou Samassa pula mencuri perhatian ramai apabila berjaya melakukan satu lipatan ke arah gawang. Bagaimanapun percubaan tersebut gagal menatijahkan gol buat pasukan Sri Pahang.

Perlawanan tamat dengan tiga mata penuh berjaya diraih pasukan tuan rumah. Kedah Darul Aman 1-0 Sri Pahang.