Aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool vs Manchester United berisiko untuk ditunda.
Liverpool dan Manchester United dijadualkan bertemu pada awal pagi Isnin dalam aksi minggu ke-20 dengan anak didik Arne Slot menjadi pasukan pilihan sebagai pendahulu carta liga.
Manakala, tugas berat buat Manchester United yang ketika ini dilanda kemelut prestasi apabila tewas kesemua 4 aksi terakhir yang dilalui termasuklah kepada Newcastle United minggu lalu.
Menjelang pertemuan epik ini, beberapa media tempatan di England melaporkan aksi antara Liverpool dan Manchester United berisiko untuk ditunda akibat dilanda salji yang lebat.
“Merseyside adalah antara kawasan yang terjejas oleh amaran amber dan dengan suhu dijangka jatuh di bawah paras beku.”
“Ini bermakna Anfield dan kawasan sekitar berkemungkinan akan diselaputi salji, menjadikan pertemuan antara Liverpool dan Manchester United berisiko terancam,” lapor Akhbar The Sun.
“Walaupun ia agak mudah untuk menjadikan padang permainan boleh digunakan, risiko yang lebih besar adalah kepada puluhan ribu penyokong tuan rumah dan pelawat yang akan menuju ke stadium.”
Mengikut jadual, aksi Liverpool dan Manchester United akan bermula pada Isnin jam 12.30 pagi waktu Malaysia