Aksi Panenka Terburuk Dalam Sejarah Oleh Chicharito
Dunia
MLS
Advertisements

Menjaringkan gol melalui sepakan penalti dalam suasana genting sememangnya merupakan sebuah tugas yang terlalu berat untuk dipikul.

Itulah yang berlaku kepada pemain Los Angeles Galaxy (LA Galaxy), Javier Hernandez atau lebih dikenali dengan nama Chicharito. Pemain berpengalaman itu gagal menjaringkan penalti pada minit ke-96 permainan selepas cuba melakukan ‘panenka’ namun sepakan itu mudah ditangkap penjaga gol Sporting Kansas City.

Kedudukan pada ketika adalah seri 2-2 dan sememangnya penalti yang diambil oleh Chicharito sangat diharapkan untuk dijelmakan sebagai satu jaringan yang membawa kemenangan kepada LA Galaxy.

Advertisements

Disebabkan kegagalan bekas pemain Manchester United itu menjaringkan penalti, LA Galaxy terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata dengan Sporting Kansas City.

Walaupun gagal menjaringkan penalti, Chicharito sudah pun meledak dua gol dalam perlawanan itu. Ianya bukanlah satu perlawanan yang teruk buat beliau. Beliau juga akui penalti itu merupakan sesuatu yang tidak baik kerana LA Galaxy berada dalam landasan untuk mengutip tiga mata.

Advertisements

Chicharito sempat memohon maaf kepada seluruh penyokong LA Galaxy di atas apa yang terjadi dan berharap tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram