Dunia
Advertisements

Portimonense SC bakal bertemu Maritimo dalam perlawanan Premiera Liga Portugal pada Sabtu (17 Oktober 2020) dan Safawi kelihatan beraksi dalam perlawanan menentang Sporting SC bawah 23 tahun.

safawi ig portimonense Aksi Safawi Dalam Perlawanan Menentang Sporting SC Bawah 23 Tahun
Safawi dilihat beraksi dalam perlawanan pemanas badan menentang Sporting SC.

Dalam perlawanan ini, Portimonense U23 tewas 1-3.

Perlawanan Maritimo menentang Portimonense bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan 802 (HD) dan status Safawi samada bakal bermain atau tidak masih menjadi tanda tanya berikutan perlawanan menentang Sporting SC yang diadakan berdekatan dengan tarikh perlawanan liga.

Advertisements

Portimonense bakal bertemu pasukan dari kepulauan Funchal, SC Maritimo yang berada kira-kira 970 kilometer dari tanah besar Portugal.

Perlawanan Maritimo menentang Portimonense akan disiarkan secara langsung di Astro Arena tepat jam 10.30pm waktu Malaysia dan rakyat Malaysia rata-ratanya mengharapkan dapat melihat aksi Safawi sekurang-kurangnya sebagai pemain gantian.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

Advertisements

Siaran Langsung Portimonense – Maritimo juga boleh diakses secara penstriman langsung menggunakan aplikasi Astro GO.

Safawi sebelum ini mengakui bahawa penyokong Portimonense sememangnya tidak mengenali beliau dan beliau mahu mereka mengenali sebagai seorang penyerang tulen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram