Dunia
Advertisements

Ketika Norizam menyatakan hasratnya untuk membeli pasukan Kelantan, ramai yang skeptikal dan menganggap beliau hanya inginkan publisiti. Ciapan-ciapan perlian berlegar di Twitter dan Facebook bahawa Norizam hanya inginkan publisiti.

Namun beliau membuktikan bahawa beliau bukanlah ‘kaki sembang’ selepas melengkapkan pembelian ke atas Kelantan dengan tanda harga Rm 6.8 Juta untuk menjadi pemilik pasukan The Red Warriors yang sah.

Beliau bermula sebagai seorang penjual burger namun telah terlibat secara langsung dengan dunia pelaburan sejak di bangku sekolah lagi dengan mengikut bapa dengan bapa saudaranya yang melabur saham. Beliau langsung terlibat secara aktif sebagai pelabur pada tahun 1999 di Bursa Malaysia.

Advertisements
Pesawat MAS MALAYSIA 43 Biodata Pemilik TRW Kelantan Norizam Tukiman Dan Kisah Hidupnya Yang Memberikan Inspirasi Kepada Rakyat Malaysia
Norizam Tukiman

Beliau juga pernah berkhidmat ‘Remisier’ berlesen di Rhb Investment Bank dari tahun 2003 sehingga 2018 kerana minat yang mendalam dalam dunia perlaburan saham.

Kelulusan & Pendidikan :

Norizam Tukiman berkelulusan dalam bidang perlaburan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mempunyai Lesen Perunding Unit Amanah Saham yang diberikan oleh Federations Investment Managers Malaysia (FiMM). Beliau mendapat Lesen Wakil Niaga Pasaran Hadapan Bursa Malaysia (FKLI) dan Pasaran Hadapan Minyak Mentah Sawit Malaysia (FCPO) pada tahun 2008 untuk menjadikannya antara pelabur yang mempunyai etika dan kredebiliti yang tinggi serta layak bergelar pakar kewangan Malaysia.

Advertisements
Zamsaham semasa Majlis Tandatangan Pembelian Kelantan

Kini aktif di dalam bidang perniagaan dalam bidang perhotelan, makanan dan juga mempunyai syarikat konsultan sendiri iaitu Zamsaham Training And Consultancy.

https://twitter.com/Eyda40382969/status/1303906947939229697?s=20
Zamsaham Berjumpa Dengan TMJ Pada Bulan September Lalu

Norizam kini boleh berbangga dengan pemilikan pasukan TRW Kelantan yang pernah menjadi gergasi Bola Sepak Negara disamping memiliki peminat yang memberikan kepercayaan penuh terhadap kepimpinan Norizam.

Lihat juga :

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram