Dunia
Advertisements

Kelantan mungkin akan menampilkan permainan gaya tiki taka pada musim depan setelah seorang jurulatih luar berbangsa Sepanyol menyatakan minat untuk melatih pasukan dari pantai timur itu.

Jurulatih yang bernama Oscar Cespedes Cabeza menyatakan dia bersedia membawa Kelantan kembali ke Liga Super pada musim depan serta menjadikan Kelantan kembali digeruni di arena bola sepak negara seperti tahun 2012.

Oscar mempunyai pengalaman yang luas dalam arena kejurulatihan serta pernah membawa beberapa nama besar ke kelab yang dikendalinya sebelum ini seperti bintang Manchester City, Yaya Toure. Beliau sebelum ini membimbing pasukan Qingdao Huanghai F.C yang merupakan pasukan di liga utama China. Oscar membawa kelab dari timur China itu menjuarai Liga Division 1 sekaligus menempatkan pasukan tersebut di Liga Super China.

Advertisements
Pesawat MAS MALAYSIA 27 Oscar Minat Latih Pasukan Kelantan
Oscar Bersama Yaya Toure

Pemilik baharu Kelantan yang lebih dikenali dengan nama Zamsaham memberikan respon dengan menyatakan bahawa beliau bersedia membawa masuk Oscar ke Kelantan sekiranya jurulatih berbangsa Sepanyol tersebut bersedia menerima gaji yang kecil iaitu sekitar RM 15 ribu sehingga RM 20 ribu sebulan setelah disoal oleh penyokong setia Kelantan di ruangan komen.

Baca: TRW Kelantan Tewaskan JDT 0-1 di Larkin

Komen Daripada Zamsaham

Di bawah disertakan profil jurulatih berumur 42 tahun tersebut.

Advertisements

Nama : Oscar Cespedes Cabeza

Umur : 42 tahun

Karier sebagai pemain :

Advertisements

Musim 2008/2009 – Terrassa FC

Musim 2009/2010 – CF Gava

Musim 2010/2011 – Gramenet

Advertisements

Musim 2011/2012 – Racing Ferrol

Musim 2012/2013 – Terrasa FC

Bersara pada musim 2014/2015

Karier sebagai Pelatih :

Jurulatih sementara dia QD Huanghai pada musim 2020

Oscar Di QD Huanghai
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram