Al-Hafiz Sebak Peminat Hargai Kerja Kerasnya Setelah Bangkit Daripada Kecederaan Berulang
Dunia
Youtube: Unifi
Advertisements

Pemain sayap lincah pasukan Penang FC, Muhamad Al-Hafiz Harun mengakui perjalanan kariernya berlangsung penuh liku namun menghargai setiap usaha para peminat yang masih menyokongnya sehingga kini.

Pemain berusia 27 tahun ini ketika dalam satu temubual bersama Unifi menjelaskan bahawa beliau pernah ditimpa kecederaan yang agak teruk pada usia yang muda. Ketika itu, beliau disahkan mengalami kecederan Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebanyak dua kali ketika berada di puncak prestasi.

‘Saya ini muda muda dah alami kecederaan ACL.’

Advertisements

Beliau yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dalam saingan Piala Emas Raja-Raja 2018 menyaksikan Pulau Pinang layak peringkat suku akhir.

Bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, beliau telah berjaya meraih perhatian ketua jurulatih skuad Liga Premier Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid untuk menyerapkannya ke skuad utama. Beliau juga tidak pernah mensia-siakan peluang setiap kali diturunkan sejak 2-3 musim bermula daripada saingan Liga Premier sehinggalah membantu pasukan naik semula ke kancah Liga Super musim ini.

Pemain yang mesra disapa ‘Awang’ ini ketika ditanya mengenai peluangnya untuk mewakili skuad kebangsaan, beliau tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi namun sedia memberikan yang terbaik jika diberi kesempatan untuk beraksi.

Advertisements

‘Kalau saya diberi peluang, saya pasti buat sebaik mungkin.’

Sungguhpun bertubuh kecil, namun kelincahan aksi pemain ini sentiasa menjadi mimpi ngeri pasukan lawan apabila kebanyakan gol yang terhasil daripada serangan balas yang dilancarkan bermula daripada larian derasnya sentiasa menjadi kunci kejayaan pasukan.

Pada musim ini, Al-Hafiz telah diturunkan sebanyak 17 kali di bawah kendalian Tomas Trucha. Selain itu, beliau juga telah berhasil menjaringkan 1 gol dan mencatat 1 bantuan gol.

Advertisements

Sungguhpun rekod jaringan beliau tidaklah berada di tahap terbaik, namun peranan yang dimainkan oleh beliau sehingga membawa Penang FC berada di tangga ketiga liga merupakan satu pencapaian yang cukup luar biasa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram