Al-Hilal Mahukan Lionel Messi, Sedia Tawar Gaji RM553 Juta Lebih Tinggi Daripada Ronaldo
Dunia
SPORTS BIBLE
Advertisements

Pencabar terdekat Al-Nassr, Al-Hilal tidak mahu duduk diam apabial difahamkan mahu memancing khidmat pemenang Piala Dunia Qatar 2022, Lionel Messi.

Bintang PSG itu merupakan tunjang utama buat negaranya apabila akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 36 tahun Argentina menjulang kejuaraan berprestij tersebut.

Kini, berita mengenai perpindahan Cristiano Ronaldo ke kelab Arab Saudi itu kembali hangat apabila difahamkan Al-Hilal pula menyatakan keinginan untuk membawa masuk bekas bintang Barcelona itu.

Advertisements

Berdasarkan laporan dari sebuah portal di Sepanyol, Al-Hilal kini bersedia untuk mengemukakan tawaran kepada pemain berusia 35 tahun dengan rekos gaji tertinggi di dunia.

Ronaldo kini memegang rekod gaji tertinggi selepas beliau difahamkan menerima lebih RM754 Juta bersama Al-Nassr.

Al-Hlilal kelihatan bersedia untuk memecahkan tabung mereka dan menawarkan gaji sejumlah RM1.31 Biliion kepada Messi.

Advertisements

Beliau juga kini merupakan duta pelancongan Saudi. Dalam laman web ‘Visit Saudi’, ia berbunyi: “Lionel Messi mahu anda melepaskan  emosi dalaman anda dan menemui perkara yang tidak dapat dibayangkan.  Sama ada anda mengembara untuk menemui perkara baharu atau perkara lama.”

Kerajaan Saudi juga dikatakan bakal membantu Al-Hilal dari segi kewangan untuk merealisasikan impian ini bagi melihat liga mereka berkembang maju.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram