Al-Nassr Sedia Lawan Hukum FIFA
Dunia
Al-Nassr
Advertisements

Pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Nassr sedia melawan peraturan yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak dunia (FIFA) bagi memastikan debut bintang mereka, Cristiano Ronaldo dapat direalisasikan.

Umum mengetahui bahawa kapten pasukan kebangsaan Portugal itu tidak dapat diturunkan lagi akibat menjalani penggantungan dua perlawanan ketika bersama Manchester United.

Bekas pemain Real Madrid ini telah dikenakan tindakan selepas bekelakuan kurang sopan dengan menampar telefon bimbit seorang penyokong kanak-kanak ketika menuju ke bilik persalinan.

Advertisements

Ronaldo telah diberi amaran oleh polis kerana melanggar Peraturan 53 FA yang dianggap tidak wajar dan berunsur keganasan selain dikenakan denda £50,000 kerana tindakannya itu.

Namun begitu, beliau dikatakan sanggup mengambil risiko untuk melawan peraturan tersebut bagi membuat penampilan sulung bersama kelab barunya itu.

Advertisements

Pihak tertinggi kelab sedang meneliti peraturan tersebut ketika mereka sudah maklum dengan larangan daripada peraturan yang disokong oleh FIFA namun masih mahu ‘meneliti’ sama ada ia mungkin membantu mereka ‘mengelilingi perintah larangan.’

Al-Nassr bakal turun dalam aksi malam ini berdepan Al-Ta’ee dalam misi mengukuhkan kedudukan di takhta liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram