Kejayaan pasukan Al-Seeb untuk mengatasi KL City FC di pentas akhir Piala AFC malam ini menyaksikan mereka secara rasminya layak ke pentas ACL 2023.
Perkara ini telah pun disahkan sejurus tamat perlawanan apabila berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Anak didik Bojan Hodak dilihat sukar untuk menandingi kehebatan lawan apabila mereka jelas berada dalam kelas teraendiri.
Sejurus tamat perlawanan, ketua jurulatih Al-Seeb, Rasheed Jabar menyatakan rasa bangga terhadap persembahan anak didiknya yang beraksi di tempat lawan.
Malah, beliau sendiri mengesahkan bahawa pasukannya akan terus bersaing di pentas ACL musim 2023 tanpa perlu melalui pusingan kelayakan.
Hal ini disebabkan terdapat perubahan yang dilakukan dalam format pertandingan AFC sekaligus melayakkan mereka ke pentas tertinggi bola sepak Asia tersebut.
KL City juga terlepas peluang bermakna ini dan tidak dapat melunaskan hasrat penyokong yang mahu melihat dua wakil dari Malaysia bersaing di pentas ACL musim hadapan.
Kini, Bojan dan KL City akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap saingan Piala Malaysia bagi merebut slot ke Piala AFC musim hadapan.