Alif Zakaria ‘Simpan’ Arif Aiman Dalam Kocek
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan kiri Terengganu FC, Alif Zakaria berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam pertembungan Liga Super LS15 semalam.

Meskipun Terengganu tewas kepada JDT dengan keputusan 2-1, kelibat pemain berusia 24 tahun ini mencuri tumpuan ramai apabila beliau memainkan peranan dengan sangat baik mengekang kemaraan JDT daripada sebelah kanan.

Alif Zakaria cemerlang menjalankan tugas dalam merantai setiap gerakan pemain sayap berbakat JDT, Arif Aiman. Arif pada semalam dilihat sedikit tumpul dibahagian sayap kanan apabila banyak larian-larian serta gelecekannya dihalang oleh Alif Zakaria.

Advertisements

Pemain yang mesra disapa dengan jolokan Matleh ini turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas persembahan memukaunya berjaya menyekat serangan skuad kendalian Hector Bidoglio.

Untuk musim ini, Alif beberapa kali telah mendapat kepercayaan oleh Nafuzi Zain untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau kini sering menjadi pilihan Nafuzi Zain bagi mengawal benteng kiri pasukan.

Perlawanan seterusnya menyaksikan pasukan Terengganu bakal melayan kunjungan Sarawak United pada Sabtu. Aksi Liga Super itu akan berlangsung di Stadium Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram