Advertising
All England: Tonton Aksi Wakil Malaysia Di 3 Saluran Ini
UltraSukan
AE/VM

Para peminat badminton tanah air berpeluang menyaksikan seramai 14 wakil Malaysia beraksi di All England menerusi 3 saluran ini.

Saingan Jelajah Dunia BWF ketika ini bakal menjadi tumpuan peminat apabila saingan All England 2025 membuka tirainya di Utilita Arena, Birmingham bermula pada Selasa, 11 Mac ini.

Ad

Seramai 14 wakil hebat Malaysia bakal turun bertanding pada edisi kali ini bagi merebut gelaran juara All England sekaligus meraih hadiah wang terkumpul sebanyak USD1,450,000 atau RM6,419,375.

Ad

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris lalu, Lee Zii Jia pastinya mahu mengulangi pencapaian muncul sebagai juara All England 2021 sambil ditemani rakan senegara, Leong Jun Hao.

Wakil negara lain terdiri daripada nama-nama besar seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei, Pearly Tan-M. Thinaah dan juga Goh Soon Huat-Shevon Lai selaku pilihan pertama.

Ad

Bagi meraikan kehangatan aksi All England bagi edisi 2025 ini, terdapat 3 saluran yang menyediakan siaran langsung khusus buat peminat badminton menonton wakil Malaysia beraksi.

Ad

Astro Arena bakal membawakan aksi siaran langsung bagi kedua-dua gelanggang pada kejohanan All England kali ini begitu juga Sukan RTM juga bakal menyiarkan perlawanan secara percuma.

Ad

Satu lagi saluran adalah menerusi akaun Youtube rasmi BWF yang hanya akan membawa perlawanan yang berlangsung di gelanggang 2, 3 dan juga 4 sahaja untuk semua peminat.

Info Siaran Langsung All England 2025

Tarikh: 11 Mac 2025 – 16 Mac 2025
Masa: Bermula jam 6 petang waktu Malaysia
Venue: Utilita Arena, Birmingham, England.
Siaran Langsung: Astro Arena, Sukan RTM & Youtube BWF.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments