Allee Putra Mula Latihan Pertama Di Sepanyol
Eropah
Fcmalagacitysenior
Advertisements

Pemain muda kelahiran Kelantan, Allee Putra Azril muncul pada sesi latihan pertama di Sepanyol bersama kelab Malaga City.

Sesi latihan tersebut menyaksikan skuad senior Malaga City diketuai oleh beberapa jurulatih profesional daripada pasukan gergasi England, Tottenham Hotspurs.

Alle Putra Azil bakal membuat penampilan bersama skuad senior Malaga City dalam divisyen keempat Tercera League.

Advertisements

Selepas enam bulan beraksi bersama pasukan Kelantan musim lepas, beliau kembali semula ke Eropah untuk terus mengembangkan potensinya.

Untuk rekod, pemain berusia 18 tahun ini telah mencatatkan 10 penampilan bersama The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia 2023.

Ini bukanlah kali pertama beliau beraksi bersama Malaga City, pemain berusia 18 tahun ini juga merupakan antara 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan biasiswa penuh bagi musim 2022-2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram