Malaysia Ketandusan Bakat Di Posisi Pertahanan Kiri Selain Corbin Ong
Blog
MakanBola
Photo: The-AFC.com
Advertisements

Skuad negara Malaysia ketika ini mempunyai barisan utama pemain yang mantap dan meyakinkan dalam menggalas kepercayaan penyokong buat ketika ini. Namun posisi pertahanan kiri Malaysia masih dalam keadaan membimbangkan kerana kita benar-benar bergantung kepada Corbin Ong buat masa kini.

Corbin Ong merupakan pemain kacukan berdarah Malaysia yang mula mendapat panggilan kebangsaan bermula tahun 2019 setelah beraksi cemerlang bersama Johor DT. Pemain ini bagaimanapun sudah menginjak usia 30 tahun ketika ini.

Advertisements
https://www.instagram.com/p/CRGYFNlB5kt/?utm_medium=copy_link

Sejak mendapat panggilan kebangsaan, Corbin Ong menjadi pilihan utama untuk posisi pertahanan kiri Malaysia malah tiada pemain backup dipilih di posisi tersebut ketika panggilan kebangsaan untuk Kelayakan Piala Dunia 2022.

Apa yang merisaukan ketika ini ialah siapa yang mampu mengisi kekosongan tersebut sekiranya Corbin Ong mengalami kecederaan atau siapakah yang layak menjadi pengganti jangka masa panjang Corbin Ong?

Advertisements

Walaupun taktikal Tan Cheng Hoe turut mempengaruhi pemilihan pemain, namun ketepikan dahulu soal tersebut kerana artikel ini ingin mengenal pasti pemain yang mampu beraksi sebagai pemain tulen di posisi pertahanan kiri.

New Project 9 Malaysia Ketandusan Bakat Di Posisi Pertahanan Kiri Selain Corbin Ong
Aksi Nazirul Naim ketika bersama Perak FC sebelum perpindahannya ke Sabah FC

Buat masa kini, Nazirul Naim dan Fazly Mazlan merupakan pemain pertahanan kiri yang boleh menjadi backup buat pasukan negara. Malah kedua-dua pemain tersebut pernah menyarung jersi kebangsaan Malaysia.

Advertisements

Namun Nazirul Naim dan Fazly Mazlan masing-masing sudah berusia 28 dan 27 tahun ketika ini. Ini bermakna mereka hanya berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan buat masa 2-3 tahun sahaja memandangkan skuad kebangsaan ketika ini sudah kurang menggunakan tenaga kuda tua sejak kali terakhir kerap digunakan pada tahun 2014 dibawah kendalian Dollah Salleh.

New Project1 5 Malaysia Ketandusan Bakat Di Posisi Pertahanan Kiri Selain Corbin Ong
Fazly Mazlan ketika dipinjamkan ke Sri Pahang

Namun tidak mustahil juga mereka diberikan peluang oleh Tan Cheng Hoe sekiranya berjaya mempamerkan aksi cemerlang yang konsisten.

Advertisements

Antara pemain yang sesuai buat pengganti jangka masa panjang adalah Arif Fadzilah yang merupakan pemain Terengganu FC. Walaupun bukan pemain muda namun usia 25 tahun beliau memberikan peluang yang cerah untuk mengisi posisi pertahanan kiri Malaysia.

New Project3 3 Malaysia Ketandusan Bakat Di Posisi Pertahanan Kiri Selain Corbin Ong
Arif Fadzilah menyerlah bersama Terengganu musim ini

Arif pernah dipanggil untuk menyertai kem kebangsaan pada bulan Mac lalu tetapi beliau gagal merebut tempat 25 pemain yang dibawa ke UAE. Ketika ini Arif sedang mempamerkan aksi yang cemerlang bersama skuad Terengganu dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Arif telah beraksi sebanyak 16 kali dalam saingan Liga Super pada musim ini bersama Terengganu.

Selain Arif, seorang lagi pemain berusia 25 tahun yang boleh dipertimbangkan ialah Azwan Aripin. Bermain buat pasukan Penang FC, Azwan merupakan pemain utama di bahagian pertahanan kiri Penang.

Advertisements
New Project4 3 Malaysia Ketandusan Bakat Di Posisi Pertahanan Kiri Selain Corbin Ong
Azwan Aripin kini bersama Penang FC

Azwan Aripin telah bermain 12 dalam 17 perlawanan buat Penang dalam saingan Liga Super. Azwan merupakan antara bekas pemain muda Kelantan yang diserap masuk ke pasukan utama pada awal usia ketika Kelantan dibimbing Fajer Ibrahim.

Tiada pemain berusia bawah 23 tahun yang sesuai menggalas posisi pertahanan kiri negara ketika ini walaupun di bahagian serangan Malaysia dipenuhi prospek muda seperti Arif Aiman dan Luqman Hakim.

Advertisements

Kesimpulannya, posisi pertahanan kiri Malaysia ketika ini perlu diberi perhatian lebih memandangkan Malaysia hanya bergantung pada Corbin Ong. Arif Fadzilah antara pemain yang paling sesuai untuk posisi tersebut berdasarkan prestasi semasa yang hebat ketika ini.

News Comments Account